Thursday, May 10, 2012

Pening Pilih Kaler

Eh,kejap je dah bulan 5.Tak lama lagi dah masuk bulan Rejab.Puasa ganti ada tertunggak lagik.Aiyooo.Tak boleh jadih nih,dah nak kena mula puasa.Tahun tak tahu nak pakai tema kaler apa.Tu yang dok pening nak carik kaler.Abang wants something in pastel tapi bini nak yang bright.Camna tuh?Bila dah google kaler rasa macam jatuh cinta la dengan kaler pastel ni.Kena pandai pilih warna apa and rasanya dah ada kaler yang nak pakai cuma kena tengok kat kedai ada ke tak.Plan nak pegi Jakel or Gulatis tuk cari kain.Tailor banyak yang dah tutup.Kena tipon best tailor ever nak terima lagi ke tidak tempahan.Siap aje la duit.Takpe,buat sepasang je.Baju after raya pertama beli siap je.Jakel punya ready made not bad jugak.Tahun ni puasa kat opis baru.Heaven la sebab Shah Alam memang syurga baju juga makanan yang sedap-sedap.
Eh,dah plan nak tempah baju kena ready pulak pattern yang nak buat.Ingat nak buat combination kaler.Tengok la nanti macam mana,mintak-mintak jadi la idea tuh.Al maklum i bukan fesyen designer pon.

Jangan terliur tengok macaroon tuh tengok kombinasi warna dia



Suka kaler Aqua.Comel

Finally




Solekan mata ni memang anggun.Suka sangat.



Nanti dah beli kain boleh gebang dalam blog.Hihihi.



Mood Nak Makeover Kembali Lagi

Lamanya tak hapdate.Malas btol plus tak cukup masa.Alasan?Memang betol2 sibuk.Setakat ni pon baru je merasa cuti 2 hari so macam tak percaya dah bulan 5 balance cuti ada 28 hari.Huhu.Perlu ada cuti-cuti di hujung tahun sebab bos kata cuti sekolah hanya yang dah berkahwin sahaja diberikan keutamaan.Bujang sila jaga opis.Overall happy sangat duduk state ofis.
Okay skang nak cerita mengenai mood nak makeover rumah.Memandangkan rumah adalah comel jadi bajet ciput pon boleh jadi cantik.hehehe.Wishlist beratur dah,dalam otak sarat carik idea dan suami tempat nak realisasikan apa2 yang ada kat otak diterjemahkan dalam bentuk 3D.Sayang abang ;)
First and foremost,makeover kali ni adalah selepas makeover tahun 2009.Dah hampir 3 tahun tak buat apa-apa kat rumah.Bila dah sampai seru bolehlah nak buat sikit-sikit mana yang mampu.

Wishlist Makeover- Make Your Home Alive (siap ada tema bagai ;)

1. Curtain (day and night ) - Dah survey kat SSF Curtain,kena cari a few kedai lagik.CHECKED!JAKEL sahaja with good quality and affordable price.

Love the design

2. Frames - All frame kalau boleh nak tukar. Dah dapat idea jugak melalui internet.Love it!
Nak beli frame cenggini

3. Dry Area & Kitchen - Kena tgk brapa contractor nak quote harga.Major jugak nie.Tengok bank statement dulu,kalau cukup...jalan.
4. Folding Door - Suka dengan design moden,belum survey harga lagi.Kalau mampu boleh buat,if tak kena tunggu dulu.

Ala-ala resort gitu.Suka!
5. Console Table - Requirement kena cari yang slim sebab walkway adalah kocik so kalau besar console ni memang menyemak la.Kena survey kedai perabot dan Ikea.
Slim size.Wajib cari

6. Computer Table - Nak survey kat Ikea.
7. Jam -  Ni pon kena masuk senarai sebab slalu lupa je nak match kan dengan theme kat rumah tuh.

Hopefully dapat la merealisasikan impian nak makeover tahun ni.

Thursday, March 22, 2012

Update Secara Tergesa-Gesa

Wahhh blog dah bersawang dan berhabuk.Rindu sama kamu blog but what to do time too limited since duduk kat state ni.Setiap hari balik lewat and sebaik la Umar ok duduk kat LC tuh.Weekend memang wajib untuk spent time dengan family and most of the time bulan Feb ari tuh Sabtu adalah hari keje.Mentally and physically exhausted but full of satisfaction and end month senyum bila gaji masuk.Hahahaha.
Frankly speaking working in state was totally different dengan keje dengan HQ.KPI is the most scary word.Asik asik cakap pasal KPI.Boleh stress sebab Selangor is state gred A and most of the contractor adalah dari Selangor.Being the so call Financial Controller here, stress macam dah sinonim sebab besides being FC buat juga admin.Perghhhh,itu yang mencabar juga.Mini HR Department kat sini.Keje memang menimbun but 5 months here dah buat saya sangat bangat sama CIDB Selangor.Different environment and approach buat saya rasa dunia karier saya adalah mencabar.Having big bos yang seantero CIDB kenal siapa dia buat saya jadi tough.Dulu with former bos yang sangat-sangat baik,seorang yang penyabar dan tak reti melenting marah buat saya jadi manja tapi now dah jadik tough sebab jerit marah adalah selamba but saya percaya satu hari nanti saya pasti sayang dia juga sebagai bos tapi not now sebab skang asik merajuk dengan dia yang request ntah apa2 end up marah2.Dia bagus sebab sensitive punya orang so everytime merajuk dengan dia,dia paham and tackle hati kita cepat-cepat buat sejuk hati juga.
Okay,got to go sebab today jadi operator angkat tipon sambil-sambil buat Laporan Penilaian Teknikal.Multi tasking bukan?Wajib jika duduk di state.
Peace.


Thursday, January 19, 2012

Kisah Umar sejak sekolah


Hari ni dah 19hb,means dah almost 2 weeks Umar pegi LC.Morning drama masih berlarutan.So far dia takde masalah sangat nak bangun or mandi pagi. Seawal jam 6.30 am memang lampu kat umah dah terang benderang dan Channel 613 menjadi umpan untuk dia bangun. Tugas ayah memang kejutkan dia while mommy sibok2 bersiap or kat dapur buat breakfast.Perut orang kat rumah memang minum pagi termasuklah Umar biarpon biskut boboi boy cicah air milo.

Bangun je sambil malas-malas dan mengeliat dia akan bogel dulu then tertonggeng sana sini.Itulah peel dia pagi-pagi.Mandi wajib air suam sebab kalau air sejuk dia tak layan.Tugas masak air adalah mommy sebab kat umah takde water heater.Kita buat secara manual saja.Takpe,janji panas.Setiap hari lagu waktu pagi adalah 'bangun pagi,gosok gigi,cuci muka,mandi pagi,pakai baju minum kopi.....Umar dah hafal lagu nih ok.Kelakar pon yea.Time gosok gigi dah tak berperang lagi sebab dia dah redha kalau dia tak nak gosok mommy akan jadi raksasa.Hahahaha.Sebaik senang dah nak gosok gigi.So far gigi dia memang masih elok sebab memang dia jarang makan junk food dan suka makan buah.Alhamdulillah di situ.
Pagi keluar dari rumah around 7.25 pagi.Umar takde masalah nak gi sekolah tapi ada masalah besar bila mommy tinggalkan dia.Wajib meraung juga.Mula-mula risau jugak tapi bila pikir balik itulah dia jugak masa duduk dengan Cik Ani even lebih worst sebab pintu sliding door Cik Ani kena tukar sebab pecah.Pertama dalam sejarah.Ganas anak aku.Takpe,give him time.Lama-lama akan ok.
Sekolah kat LC setiap hari Rabu pakai track suit.Semalam dia sorang je tak pakai sebab teacher lupa nak inform.Cit,sian anak aku jugak yang pelik sorang-sorang.Tapi takpe,apa ada hal setakat baju je beza yang lain dia sama je melasak dengan anak orang lain.Sejak pegi school nampak ada beza skit la Umar nih, yang sudut positif dia suka sangat makan sayur hijau.Pelik bin ajaib sebab dia ni sayur hijau adalh kepantangan tapi skang elok je ratah.Nampaknya pas ni stok dalam freezer adalah sayur hijau macam bayam or sawi ke.Sedap buat rebus.Sihat pun ye jugak.Part yang paling positif adalah dia dah tak hisap puting.Phewitttttttttttttt.Dulu puting adalah talian hayat dia,hihihi.Sebaik gigi tak jo sebab pemilihan puting adalah tepat MAM Orthodontic.Rege?Kus semangat.Kat Day Care memang teacher tak bagi pastu bila puting hilang secara misteri mommy anggap teacher Munira dah sorok.Dia pon ON je walaupon dia ada gurau-gurau tanya puting.Alhamdulillah,nampaknya plan letak jadam tak jadi.Umar ni yang saya peratikan agak senang melalui tempoh-tempoh macam tak pakai diaper,dia sendiri tanpa paksaan dan malam pon dia berjaya.Puting pon sendiri tanpa paksaan.Thanks Allah mudahkan urusan mommy.Moga anak-anak seterusnya mudah la cenggitu.
Dah sekolah pon doa makan dia dah lain compare ngan Cik Ani,means translation dia la.Wording macam panjang tapi sedap.Kalau dia baca memang klassss la.Suka sangat.Lagu-lagu pon dah macam-macam TAPIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII skang dia dah pandai tendang-tendang la pulak.Adoi aiii,copat je blajar.Everytime dia main tendang-tendang mommy ngan ayah akan amek gergaji yang mcm cite Handy Manny tu kitorang potong la kaki dia.Sebaik takot.Tools tu kitorang beli sebab dia suka menukang.Hamek.sebaik tak beli 72 pcs tool set kat Toyrus.
Ok,ok...cukup membebel cite kisah Umar.Nak sambung keje pulak.Mata ni sejak duk sini dah pandai berair bila tengok pc.Adakah bantuan kaca mata diperlukan.Ohhhhh rimas.Betol tak cik siti?



Thursday, January 12, 2012

Umar 3rd Birthday Celebration at TASKA ASPIRASI



Busy btol duk kat state ni sampai nak mengupdate blog pon makan masa yang lama.hehehe.Busy buat bank recon tapi sesambil tunggu HQ sent emel moh la kita update jap sebelum cite jadi lapuk.
Kejadian ini berlaku pada 29 Dis 2011 sempena hari lahir Umar yang ke-3.Mommy amik annual leave walaupon pada masa tuh ofis sangat sibok but million thanks to cik mimi sebab tolong cover especially closing kaunter.Million million thanks to en abang sebab hari tu memang tak boleh bangun akibat demam dan juga batuk yang serius.Preparation semuanya last minit sebab keje kat shah alam memang patah kaki nak berjalan compare keje kat kl.Chow kit adalah dekat ok.After pegi DEMC and doc bg mc dua hari zassss gi Giant cari goodies.rasa memang nak pengsan sebab tak larat tapi gagahkan jugak.Hasilnya seperti dibawah.Azam hanya nak buat goodies yang sihat without junk food yang ntah hapa-hapa.Personally,kalau setakat nak penuhkan goodie bag dgn junk food to me baik tak payah.Kitorang hanya beli air choc dutch lady less sugar,biskut boboi boy,muffin dan juga belon.Planning nak beli epal tapi sebab besar sgt terus tak jadi.Semuanya beli kat GIANT.


Party pack Umar

Kek customize dari Dill Cake

Cake paling senang tahun ni sebab kedai ni kat bawah rumah je.Tokey kedai siap tolong hantarkan.Love the cake as well as the taste.Memang sedap.Tak manis sangat dan tak muak.Choclate moist.Umar paling teruja tengok kek dia.Kawan-kawan apatah lagi.Hahahha.Semua pakat jadi Ultraman kat Taska.


Kawan-kawan Taska Aspirasi

Memandangkan Umar pon dah last duk ngan Cik Ani so kita pilih venue Taska untuk celebrate bday dan juga farewell.Sedihnya sebab teacher semua baik.Dia pon ok duduk kat situ.Takpe,takpe...ada second baby nanti Taska Cik Ani yang jadi pilihan.

Muka budak yang seprais sebab mak pak datang sambut birthday dia.Mommy ngan ayah sporting kan Umar?

Serius je sebab kawan-kawan nyanyi untuk dia.Dia adalah limelight of the day

Mommy with Umar sebagai kenangan.Masa ni memang flat sangat dah,demi anak digagahkan jugak.

Teacher kat sebelah adalah Cikgu Azi,Umar all time fav teacher.Dari kecik dia nak ngan cikgu ni aje.Masa cikgu ni cuti huru hara kejap mommy.Eh,sedih plak bila teringat kat azi.Hampir 2 tahun gak la Umar besar kat tangan dia.Sekejap je masa berlalu.Umar dah besar dan perlu gi skool yang ada activity supaya dia tak boring.Mommy memang akan kenang jasa semua especially Cik Ani yang terbaik.
Mommy macam rasa sekejap je kan Umar dah 3 tahun.Dah besar,dah boleh jadi kawan mommy,helper mommy kat umah dan jugak kawan nak gaduh.hahahha.Umar,mommy loves you so much.

Thursday, January 5, 2012

Umar day one at LC



Alhamdulillah today umar start playskool dia kat Little Caliph.Semalam after day care terus bawak gi Plaza Shah Alam just to treat dia sebab behave kat day care. Menangis memang tak boleh nak avoid since dia ni kalau nak attach ngan orang memang amik masa skit.Mula-mula super excited lepas tu nangis ajak mommy teman.alahai anak. Semalam dapat upah cd ultraman and sticker book,happy dia.Sebaik mintak cd,kalau mintak yang bukan-bukan abes lah poket mommy.
Today start school, so me and abang promised kitorang kena ready kan dia awal sebab dia kena dress up dari rumah.Our daily schedule totally change sebab budak kecik ni dah start sekolah kan.Saya kena bangun seawal 5.45 to prepare myself.pack barang Umar,ironing apa yang patot then mandi,by 6.30 am kena ready so that my boys boleh ready masuk toilet pulak.Ayah dia in charge on mandi and gosok gigi and mommy plak prepare breakfast and siapkan Umar.Pagi tadi sambil2 basuh pinggan kat dapur rasa thankful sangat to Allah sebab dapat transfer to Selangor,if not memang kesian abang kena prepare everything untuk Umar.Now bolehlah siap and hantar dia pegi sekolah pukul 7.30 and amik dia pukul 5.30 ptg.

Dear Umar,
Umar,mommy understand it's hard for you to cope with your new routine tapi it's okay sayang,mommy and ayah give you time to adapt with the new environment.No pressure for you to pandai baca or count bila mommy hantar pegi playskool tapi yang penting Umar boleh belajar berkawan, main dan juga belajar dengan happy.Kat rumah mommy boleh spent time buat normal activity kita okay.Mommy understand Umar rasa tak secure kat tempat baru but that's normal sayang,itulah proses untuk Umar jadi big boy.Mommy and ayah tak kisah kalau Umar nangis-nangis bila mommy hantar sebab after this you will love your school!Jangan weekend pon Umar suruh mommy hantar pegi school.Take your own sweet time sayang.Mommy and ayah love you so much!

Your Mommy and gf  ^_^

peace di pagi hari

Umar Rayyan
4 years
Ibnu Farabi


My school - Little Caliph




Tuesday, January 3, 2012

1st entry 2012


Welcome 2012!Excited since today umar first day kat playskool Little Caliph.Good boy Umar.Mommy loves you so much.


p/s : Nanti ada free time will be back to blog again.




Wednesday, December 14, 2011

Mode: Tangan Sotong

Rindunya nak menulis tapi serius skang adalah tak sempat nak menghapdet segala cerita.*Sorry cik titi,blog sudah bersawang.*Banyak nak update tapi masa adalah faktor utama.Staying in state mmg akan jadi tangan sotong.That's the challengge yang kena hadapi.Takpelah,after semua dah setel insyaallah akan back to normal.
Looking for selangor pre opening which is esok dan soft launching on Januari.Berdebar gila and hoping semuanya berjalan lancar.Banyak benda nak kena buat with masa yang sangat terbatas.In fact banyak keje dah kena bawak balik umah.Hahahaha,macam tak percaya stayed up memalam buat keje opis.Bangga hokey.
Good Luck Harita!